Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Program Silaturrahim BADAR bersama Pelajar Tingkatan 1 2016

Program Silaturrahim BADAR bersama Pelajar Tingkatan 1 2016 Pada 12 Jan , Pihak Badar telah terlibat dalam Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2016 ( Orientasi ).  Pelajar Tingkatan 1 telah diperkenal dengan ahli-ahli Badar . Ahli BADAR juga telah beramah mesra melalui usrah dengan pelajar Tingkatan 1.

Kem Pemantapan Nuqaba'

Kem Pemantapan Nuqaba' Pada 8-10 Januari 2016,telah dijalankan kem pemantapan nuqaba' anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah Rohani. Kem ini melibatkan Alumni Badar SMSTJ dan para nuqaba'. Para Nuqaba ini dipersiapkan untuk aktivit usrah dan kerohanian lain yang akan dijalankan. Lokasi kem ini : Bilik BBM dan Surau

Amali Umrah dan Haji

AMALI UMRAH DAN HAJI Pada 9 Januari 2016, Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah dan Rohani telah menganjurkan amali umrah dan haji melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5 . Program ini berlangsung di Dewan Sri Bestari dan amali dilakukan di Padang sri Saujana. Timbalan Amir Badar memakai kain ihram Pelbagai bangsa dan warna kulit pergi haji semata-mata kerana Allah Segak memakai kain ihram Replika Kaabah  Berkongsi ilmu teori dalam haji Ustaz Muslimin ( baju kelabu ) Penyampaian cenderamata oleh GKMP Bahasa. Disebelah kanan Ustzh Suwaibah .( tudung ungu )

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMS Tuanku Jaafar

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMS Tuanku Jaafar Pada 8 Januari 2016 ( Jumaat ) , Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah Rohani SMSTJ telah mengelolakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMS Tuanku Jaafar. Sambutan bermula jam 700 pagi  dengan selawat mengelilingi sekolah dan berakhir di Dewan Sri Bestari dengan ceramah Imam Muda Fattah.Selingan - persembahan nasyid oleh Ustaz Ekhwan Johan dan pasukan nasyid sekolah.