Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Bengkel ETIKET

Bengkel ETIKET Pada 26 Mac ( Sabtu ), Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan bengkel ETIKET di Surau. Bengkel ini  mendedahkan para pelajar tentang protokol-protokol dan etika2 dalam majlis. Turut didedahkan pemilihan pakaian untuk Majlis Formal Kerajaan.

Ceramah Anti Buli

Ceramah Anti Buli  Pada 24 Mac 2016, telah berlangsung ceramah anti buli yang dianjurkan Unit Pembangunan Sahsiah dan Unit Disiplin dengan kerjasama BADAR dan Panitia Pendidikan Islam. Ceramah ini bertujuan untuk mendidik pelajar tidak membuli dan menjaga hak orang lain.  Disampaikan oleh Ustaz Khalil Razak.

Ceramah dan Khutbah sempena Gerhana Matahari

CERAMAH sempena GERHANA MATAHARI Pada 12 Mac 2016, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Khutbah dan Solat Gerhana Mahatari di Surau Raudhatul Ulum. Program ini dilaksanakan bagi mengikuti sunnah Rasulullah yang menggalakkan umatnya mengadakan solat sunat. Khutbah telah disampaikan oleh Ustaz Muslimin. Gambar Gerhana Matahari yang diambil melalui teleskop Kelab Falak Dan Astronomi dengan UV Light Filter. Teleskop ini disumbangkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Gerhana Matahari yang dilihat dalam baldi. Mendengar khutbah disampaikan oleh Ustaz Muslimin. Pada sebelah malam pula, ceramah Gerhana Matahari disampaikan oleh Ustaz Nazif.