Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Borang Maklum Balas Pelawat Surau

Untuk pelawat surau ini, sekiranya terdapat sebarang komen mahupun cadangan penambahbaikan, sila tekan link ini. Tekan: https://goo.gl/forms/gn0NZWI61wX2to802 Tekan Borang Surau Tekan : https://goo.gl/forms/gn0NZWI61wX2to802 SCAN QR CODE INI Loading...

Gambar Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran  Surau ini juga turut digunakan sebagai tempat PdP berlangsung kerana dilengkapi pelbagai kemudahan seperti projektor , sistem audio dan papan putih . Surau ini turut mempunyai capaian Internet Yes 4G bagi memudahkan PdP.

Hilyatul Quran dan Solat Dhuha Setiap Jumaat

 Hilyatul Quran dan Solat Dhuha Setiap Jumaat Program HILYATUL QURAN dan Solat Dhuha yang merupakan aktiviti wajib setiap Jumaat di surau Raudhatul Ulum. Program ini bermula jam 7 pagi hingga 8 pagi telah dijadikan medium untuk menyemai rasa cinta akan Al Quran sebaliknya bergelar seorang pelajar. Solat Dhuha juga aktiviti wajib bagi memohon keberkatan waktu Dhuha dengan dikerjakan secara berjemaah. Hilyatul Quran- setiap pelajar dikehendaki menghabiskan bacaan Al Quran 1 juz secara individu 

Bacaan Al Quran dan Zikir Qasidah

Bacaan Al Quran dan Zikir Qasidah Aktiviti bermula selepas solat Maghrib dan dikelolakan oleh BADAR. Surah-surah yang selalu dibaca: -Al-Mulk -Al-Waqiah -Ar-Rahman -Al Saff dan banyak lagi...

Solat Taubat dan Solat Hajat setiap Malam

Solat Taubat dan Solat Hajat Pelaksanaan solat taubat dan solat hajat oleh Badan Dakwah dan Rohani untuk membentuk keperibadian yang mengakui kelemahan di hadapan Allah. Solat ini diadakan selepas Solat Maghrib setiap hari.  Moga istiqamah dlm melakukannya.

Kuliah Maghrib oleh Imam Muda Fattah

Kuliah Maghrib oleh Imam Muda Fattah Pada 25 Julai, Imam Muda Fattah telah menyampaikan ceramah bertajuk Ciri-ciri Orang Beriman berdasarkan Surah Al Hujurat ayat 11 dan 12.

Penyerahan Sumbangan Karpet Baharu

Penyerahan Sumbangan Karpet Baharu  Pada 24 Jun 2016 ( Ahad ), surau ini telah menerima puluhan karpet baharu untuk menggantikan karpet lama yang sudah usang. Alhamduliah. sumbangan ini amat bermakna kepada surau ini kerana warga sekolah dapat bersolat dengan selesa. Syukur kepada Allah yang telah membuka hati penyumbang untuk menggantikan karpet lama yang berusia lebih 10 tahun. Karpet lama yang tidak lagi mempunyai baldu telah dilupuskan.  Surau ini telah banyak kali memohon karpet lekat ( seperti di masjid ) kepada MAINS dan Baitulmal, namun masih tiada apa-apa tindakan.  "Ya Allah, berkatilah rezeki penyumbang karpet ini dan lindungilah dri sifat riak dan tamak"

Gambar Program Santai bersama PU Azmansyah | 23 Julai 2016