Langkau ke kandungan utama

SEJARAH SURAU

SURAU RAUDHATUL 'ULUM SMSTJ



Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina pada tahun 1973 . Lokasi bangunan ini terletak lebih kurang 3 km daripada pekan Kuala Pilah Negeri Sembilan. Oleh kerana SM Sains Tuanku Jaafar adalah sebuah sekolah berasrama penuh maka bangunan surau atau musolla amat signifikan sebagai tempat menunaikan ibadah solat fardhu berjemaah dan aktiviti-aktiniti kerohaniaan yang lain. .


Surau pada waktu ini telah dibina di bangunan asrama putera bagi pelajar putera , manakala surau bagi pelajar puteri berada di bangunan asrama puteri. Ini bermakna pelajar putera dan pelajar puteri mengadakan aktiviti kerohanian secara berasingan.


Bermula tahun 2009, surau SM Sains Tuanku Jaafar telah bertukar wajah. Surau yang dulunya terletak di kawasan asrama secara berasingan , namun kini lebih kondusif dan sistematik . Surau yang dikenali dengan nama Musolla Raudhatul Ulum SM Sains Tuanku Jaafar telah dibina pada 18 April 2008. Pembinaan bangunan ini telah siap sepenuhnya pada 9 Julai 2009. Bermula daripada tarikh tersebut , Musolla Raudhatul Ulum telah digunakan secara optimum dan proaktif untuk pelbagai kegiatan oleh warga SM Sains Tuanku Jaafar .


Memandangkan keperluan musolla yang semakin meningkat , projek pembesaran dan menaiktaraf bangunan ini telah dilakukan pada bulan November 2014 dan telah siap pada tahun yang sama. Dengan adanya penambahbaikan prasarana musolla ini, berbagai -bagai aktiviti yang bercorak akademik atau kerohanian dapat dijalankan dengan lebih selesa dan lebih proaktif.


Sejak tahun 2015, surau Raudhatul Ulum di sekolah ini telah digunakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk diguna pakai sebagai Masjid Kariah Gentam berikutan pembinaan masjid baharu di Kampung Gentam, Kuala Pilah.


Pada tahun 2016, surau ini sekali lagi telah dinaik taraf terutamanya pada bahagian dalaman (interior) yang melibatkan pemasangan wallpaper, pemasangan langsir dan hiasan dinding baharu.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANORAMA SURAU | BADAR SMSTJ

PANORAMA SURAU | BADAR SMSTJ Berikut adalah gambar di surau SMSTJ 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMS Tuanku Jaafar

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMS Tuanku Jaafar Pada 8 Januari 2016 ( Jumaat ) , Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah Rohani SMSTJ telah mengelolakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMS Tuanku Jaafar. Sambutan bermula jam 700 pagi  dengan selawat mengelilingi sekolah dan berakhir di Dewan Sri Bestari dengan ceramah Imam Muda Fattah.Selingan - persembahan nasyid oleh Ustaz Ekhwan Johan dan pasukan nasyid sekolah.

AF JETS-STJ 10's International Rugby

Pada 28 dan 29 Mei, telah berlangsung STJ 10's International Rugby di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar . Surau telah digunakan sebagai tempat beribadah dan istirahat bagi para peserta. Klik untuk tonton video. Klik untuk tonton video.